MEMALUKAN ! Pemuda kena sekolah dengan Faris Choii dan Achey atas stage lepas menang ‘lucky draw’ RM310K
Seorang pemuda berusia 22 tahun berjaya memenangi hadiah cabutan bertuah berupa sebuah kereta jenama Nissan GT-R R35 semasa acara Santai Food Festival di Terengganu yang dianjurkan oleh team Faris Choii.
Choii yang bertugas sebagai emcee bersama pelawak, Achey bersetuju dengan kehendak pemuda itu yang mahu menukar hadiah yang dimenanginya dengan wang tunai sebanyak RM310,000 selepas dibida oleh seorang lelaki.
Walau bagaimanapun, pemuda tersebut mengejutkan orang ramai kerana meminta wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank teman wanita kerana telefon miliknya kehabisan bateri
Namun perkara tersebut dihalang oleh Choii dan Achey lalu meminta pemuda tersebut memberikan nombor akaun bank ibu bapanya.
Akhirnya Choii membuat keputusan untuk memberikan powerbank kepada pemuda itu supaya telefon bimbit miliknya dapat dihidupkan.
Selepas penganjur dan emcee bertegas dengan pendirian mereka, wang tersebut berjaya dimasukkan terus ke akaun bank pemuda itu.
Sekadar nasihat dari Oh! Media, selagi belum halal jangan pandai-pandai bagi ‘girlfriend’ simpankan duit korang yang banyak tu.