“Isteri Tak Boleh Jadi Imam” – Ellie Suriaty Sound Aman Graseka Tak Payah Bawa Isteri Pergi Set Shooting

 



Beberapa hari lalu, nama pelakon Aman Graseka hangat diperkata ramai, lagi-lagi selepas rakan selebriti Ellie Suriaty berkata isteri aktor terbabit yang selama ini menghalang Aman untuk kembali berlakon akibat cemburu.


Tiada niat buka aib Aman

Tegas Ellie sewaktu ditemubual, dirinya sama sekali tidak mempunyai sebarang niat untuk membuka aib Aman sebaliknya hanya mahu orang ramai ketahui hal sebenar.


Tambahannya lagi, dia hanya mahu pertahankan penyampai radio Sharifah Shahirah yang teruk dikecam ramai susulan memuat naik dengan niat hanya mahu membantu Aman.


Dalam pada itu, aktres terbabit memberi nasihat buat Aman agar tidak membawa isterinya, Reena Arina pergi ke set penggambaran supaya aktor itu boleh melakukan kerjanya tanpa rasa bersalah.


Itu adalah punca pendapatan dan punca rezeki dia. Isteri dia harus istiqamah untuk dia bekerja dengan aman sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak.

Rumah tangga diketui oleh suami bukan isteri

Bahkan berkata rumah tangga seharusnya diketuai oleh suami dan bukan tugas isteri untuk mengarah hingga menuju ke arah keburukan.


Jadi dalam sebuah perkahwinan, isteri tak boleh jadi imam. Di mana dia ada suami, dia harus ikut imam dia. Bukan dia yang mencatur sampai perkara jadi entah apa-apa.

Artikel Berkaitan

ARTIS 454181194300989417

Popular Posts

item