"Saya dilempar TELUR bila tahu saya bercinta dengan .... " Dah lama pendam, Nana tampil luah Kisahnya Dgn Tomok 😭

 


Nama penyanyi terkenal tanah air, Siti Nordiana kembali menjadi sebutan setelah membuat satu pendedahan yang mengejutkan baru-baru ini.

Wanita yang lebih mesra dikenali sebagai Nana itu mengakui pernah dilemparkan telur ketika sedang membuat persembahan nyanyian.

Ketika kejadian yang mengejutkan itu berlaku, Siti Nordiana baru sahaja mengorak langkah untuk mengembangkan karier nyanyiannya pada usia 17 tahun.

Masih tidak mempunyai pengalaman, Nana yang terperanjat itu diminta penganjur untuk turun dari pentas dan persembahan terpaksa dihentikan.

Memetik laporan Mstar, insiden itu dipercayai berpunca daripada khabar angin yang mendakwa kononnya Nana bercinta dengan penyanyi, Tomok.

Terpedaya dengan gosip liar, peminat Tomok yang tidak senang dengan khabar itu telah bertindak melemparkan telur berkenaan ke arah Nana.

Merupakan satu kejadian yang sukar untuk dilupakan, Siti Nordiana bagaimanapun menyifatkan pengalaman itu sebagai satu pengajaran.

“Waktu itu Nana berusia 17 tahun, saya baru jadi penyanyi. Dilemparkan telur oleh peminat kerana mereka tak suka saya digosipkan bercinta dengan Tomok.

“Habis kotor kain Nana dan pihak penganjur terpaksa minta saya turun daripada pentas serta hentikan persembahan.

“Memang terkejut masa kena tu sebab saya pun masih muda dan baru lagi dalam industri. Tetapi, banyak saya pelajari daripada kejadian tersebut,” katanya.

Lebih dua dekad bergelar anak seni, Siti Nordiana bersyukur kerana peminat fanatik seperti itu sudah tiada lagi dalam industri hiburan tanah air.

“Alhamdulilah sekarang ni tak ada peminat yang macam tu.” Ulasnya.


Artikel Berkaitan

ARTIS 7244199440304527494

Popular Posts

item