"Dah Teruk Sgt Dah Dia Punya ....." - Didakwa Hubungan Bermasalah Selepas Sebulan Kahwin, Shila Dedah Apa Yg Berlaku
Baru-baru ini, penyanyi terkenal Shila Amzah telah menjawab pertanyaan dari peminat mengenai dakwaan yang mengatakan bahawa rumah tangga yang baru dibinanya berada dalam keadaan yang goyah. Pertanyaan ini telah diajukan melalui platform Instagram.
Dalam pertanyaan daripada individu tersebut, dia menanyakan kepada Shila apakah benar mengenai artikel palsu yang mengatakan bahawa rumah tangganya hampir terlerai.
Tidak mahu berdiam diri, penyanyi terbabit dengan tegas memberikan respons dan menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah fitnah.
Shila juga memberikan nasihat kepada orang ramai agar tidak terlalu lama "bermain" di platform Facebook kerana dia bimbang bahawa mereka mungkin akan percaya kepada fitnah-fitnah yang tersebar.
Untuk makluman, Shila Amzah dan Ubai telah mengukuhkan ikatan rumah tangga mereka pada 5 Ogos yang lalu.