Caprice Dituduh Bayar Mondy. Sekali Caprice Tunjuk Bukti Chat Mondy & Pengawal Peribadi Ebit Lew
Pendedahan Mondy tentang perlakuan Ebit Lew terhadapnya yang telah menarik perhatian ramai warganet, terutamanya selepas isu gangguan seksual yang melibatkan pendakwah tersebut dibawa ke mahkamah.
Melalui podcast bersama Caprice, Mondy menceritakan tindakan yang dilakukan oleh pendakwah tersebut serta bagaimana dia diminta untuk berlakon demi menghasilkan konten.
Kerana perkara ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Caprice telah memberi bayaran kepada Mondy dan disyaki sengaja mengarahkan mereka untuk menceritakan pengalaman mereka dengan Ebit Lew.
Caprice, yang mesra disapa sebagai Cap, tidak tinggal diam dan telah memuat naik mesej-mesej yang diterima oleh Mondy dari pengawal peribadi Ebit Lew yang bernama Ajai pada bulan Julai yang lalu.
Cap juga memberitahu bahawa mereka telah membuat laporan polis dan menjalani ujian psikiatri terhadap Mondy sebelum mereka mengeluarkan podcast tersebut.
Salah satu bukti pengalaman Mondy adalah perbualan WhatsApp antara Mondy dan Ajai pada 9 Julai 2023, di mana Mondy sendiri banyak kali menyatakan ketakutannya.