Bisnes 'sendu' ketika musim hujan’ , Akak Salon Potong Rambut Pelanggan Macam Nak Jual Maruah

 

SEBUAH salon di Phetchabun, Thailand meraih perhatian ramai kerana pendandan rambutnya yang hanya memakai pakaian dalam ketika bekerja.


Stratergi pemasaran yang dibuat oleh pengusaha salon itu nampaknya berhasil apabila premis berkenaan tidak putus-putus dikunjungi pelanggan.


Menurut Phanatchaporn atau Nong Wine, dia dan para pekerjanya tampil dengan idea berkenaan ekoran penurunan jumlah kehadiran pelanggan ketika musim hujan.


Selepas membincangkan idea tersebut, mereka membuat penggambaran iklan sebelum ia dikongsi menerusi laman Facebook.


Meskipun berdepan pandangan serong masyarakat, Nong Wine berkata dia cuma menjalankan tugasnya seperti biasa sahaja.


"Terpulang kepada mereka pakaian macam mana mereka mahu kami pakai. Boleh jadi seksi, boleh jadi normal. Kami bekerja dengan ikhlas dan tidak menyusahkan sesiapa," ujarnya lagi.


Pendandan itu berkata, dia hanya memakai pakaian dalam yang seksi itu ketika berada di salon sahaja dan akan kembali berpakaian normal selepas tamat kerja.

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 1827165007105494585

Popular Posts

item