Bakal tamatkn zaman solo? Akhirnya Fizi dan Fara fauzana Umum status hubungan Mereka
Penyampai radio sensasi, Fizi Ali akhirnya tampil meniawab dakwaan kononnya dia kini sedang menjalin hubungan istimewa dengan rakan sekerjanya yang juga penyampai radio popular, Fara Fauzana.
Gosip liar tersebut tular selepas Fizi memuat naik foto mereka bersama anak perempuannya,
Ameena di Instagram miliknya baru-baru ini.
Hantaran tersebut sekaligus dibanjiri dengan komen nakal netizen yang mendakwa pasangan ini sedang hangat bercinta.
“Ameena nak panggil Fafau auntie ke? kakak ke atau mama? Ehhhh. yang mana onss,” tulisnya.
Susulan is tersebut, Fizi tampil menjelaskan bahawa hantaran tersebut hanyalah kebetulan memandangkan dia dan Ameena pada ketika itu sedang menikmati makanan di sebuah restoran sebelum terserempak dengan Fara Fauzana tau lebih mesa dengan panggilan Fafau.
“Sebenarnya haritu kebetulan, saya tengah makan kemudian terjumpa Fara Fauzana and then kami saja ambil gambar. So, bila ambil gambar tu saja lah update dekat Instagram kan?
“Cuma waktu itu perbualan dengan Ameena macam ‘nak panggil Fafau ni apa kan? Nak panggil kakak ke, mak cik ke, atau mama? Itu saya tulis dekat IG tu. Tak tahu pula bila tulis macam tu semua orang pula mendoakan yang baik-baik. Itu jelah yang terjadi. saya rasa tak ada apa pun,” katanya ketika ditemu bual pada program Melodi.
Difahamkan, walaupun ia hanyalah sekadar gosip liar namun ramai dalam kalangan peminat bersetuju sekiranya Fizi dan Fafau menjalin hubungan istimewa.
“Yang ini tak payah fikir lagi Fizi. Memang ON’s,” komen netizen.
Bagaimanapun, Fizi menegaskan hubungannya bersama Fafau tidak lebih dari sekadar kawan.
“Bahaya tak bila bercinta dengan rakan sekerja?
Korang bayangkan kalau bergaduh macam mana? Tapi itulah saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan terbaik untuk saya, Fara Fauzana sentaisa dalam keadaan yang baik.
InsyaAllah ditemukan dengan jodoh jugaklah untuk kami nanti.
“Macam kita orang tak lebih dari rakan sekerja. Macam Fafau bekerja di tempat yang sama kan. Bila semua mendoakan yang baik-baik untuk kami alhamdullillah. Semoga kami ber jumpa dengan pasangan masing-masing itu sahaja. Kami tak ada apa-apalah. Memandai je,” jelasnya.
Dalam pada itu, Fizi memaklumkan dia kini masih single dan mash dalam fasa mengenali hati budi seseorang. “I am single but not available, “ujarnya ringkas.
Sumber : xtra
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: