AllahuAkbar! Apa sudah Jadi ! Ini Penampilan Terkini Chef Wan Selepas Menjalani Rawatan kimoterapi

 


CHEF selebriti Datuk Redzuawan Ismail berkongsi foto terbaharunya yang tampil dengan imej kepala botak selepas bekongsi dia mengalami keguguran rambut yang teruk akbiat menjalani rawatan kimoterapi.


Redzuwan, 65, atau lebih mesra dengan sapaan Chef Wan memberitahu dia yakin dengan penampilan baharunya itu meskipun ada mencadangkan dia mengenakan topi.


"Qamal kata kepada saya selepas mencukur rambut mungkin saya mahu memakai topi untuk menutup kepala jika keluar.




"Saya kata saya lebih yakin dengan diri saya daripada bimbang tentang pendapat orang lain tentang penampilan saya atau bagaimana saya harus tampil di khalayak ramai," katanya.


Chef wan berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memaparkan imej terbaharunya.


Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu tidak semua orang berani tampil dengan penampilan sebegitu dan menyukainya kerana ia membuatkan kepalanya terasa lebih ringan.


"Kepala saya terasa ringan dan lapang ketika ini," luahnya.


Pada awal Ogos lalu, Chef Wan mendedahkan dia disahkan menghidap kanser limfoma selepas melakukan ujian electrocardiogram (ECG) sebanyak dua kali.

Artikel Berkaitan

ARTIS 36177450457284504

Popular Posts

item