TERKINI ! Tahniah Puteri Sarah Dan Sol, Berita Baik Yg Dikongsikan Selepas Buat Satu Malaysia Gembira

 

KUALA LUMPUR: Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana, 38, berkongsi kenyataan beberapa individu yang mempertikaikan kerancakannya menjalani tugasan sebagai selebriti, biarpun masih dalam tempoh edah selepas bercerai talak satu dengan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof pada 14 Jun lalu.


Bagaimanapun, finalis kategori Aktres TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 itu berkata, selepas meneliti bacaan mengenai tempoh edah, dia akhirnya memahami bahawa tidak menjadi masalah sekiranya keluar untuk memenuhi tuntutan kerja.


Saya memang dalam tempoh edah, tetapi saya sendiri ada membuat bacaan mengenainya. Kalau suami meninggal dunia, barulah isteri perlu berkabung dan tidak boleh keluar rumah dan berhias.


"Macam saya, apa yang dilakukan ketika ini adalah tuntutan kerja.



"Situasi saya pula adalah tempoh edah untuk wanita yang bercerai. Dalam masa tiga bulan, saya kena maklumkan kepada bekas suami sekranya perlu keluar bekerja.


"Syamsul tahu saya bekerja, malah ketika ke Jakarta, untuk urusan kerja pun dia tahu," katanya ditemui pada majlis pengumuman prakemuncak ABPBH 35 di The Agam, Jalan Sungai Penchala pada Selasa lalu.




Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.


Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.


Sementara itu, Puteri Sarah berkata, dia kini sudah selesa menjalani kehidupan baharu, malah mengakui hubungan Syamsul dan anak-anak semakin erat.


"Ketika ini, saya sudah menjalani kehidupan baharu dan anak-anak pun sebenarnya dalam keadaan baik.




Selepas apa yang berlaku, Syamsul lebih kerap berjumpa dan meluangkan masa bersama anak-anak, jadi hubungan baik-baik sahaja.


"Hubungan saya dengan Syamsul juga semakin baik dan kami tiada masalah. Kami selalu berhubung dan berkongsi mengenai perkembangan anak-anak," katanya. 


Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Artikel Berkaitan

ARTIS 6977860928329666104

Popular Posts

item