Genap 2 tahun Siti Sarah pergi.. Shuib dedah kejadian Aneh Arwah

 


Walaupun sudah mempunyai kehidupan baru bersama isteri, Watie Hanifiah, pelawak Shuib Sepahtu hingga ke hari ini masih merindui isteri pertama, Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia akibat COVID-19 dua tahun lalu.


Melalui laman Instagram, Shuib berkongsikan momen ketika arwah sedang mengandungkan anak keempat mereka, Ayash Affan.


Dalam video itu, dapat dilihat perkembangan Ayash yang kini sudah meningkat ke usia dua tahun dan akui masa berlalu dengan cepat tetapi masih merindui Allahyarham.

Masih terasa seperti semalam berlaku. Setiap hari kami pasti rindu Ibu.


Dalam pada masa yang sama, ibu tiri arwah Siti Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi atau mesra dipanggil sebagai Makder turut berkata masih teringat momen mereka memilih tarikh untuk melahirkan Ayash.


Dapat dilihat juga di ruangan komen, rata-rata netizen juga luah rasa rindu dan menghadiahkan surah Al-Fatihah buatnya serta berharap agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.

Artikel Berkaitan

ARTIS 19789481055678023

Popular Posts

item