"DARI DARJAH 1 LAGI SAYA DAH KENA BUANG SEKOLAH SEBAB ...." - Qistina Raisah Buat Pengakuan Berani M4TI



Pelakon remaja, Qistina Raisah mengakui dia telah dibuang sekolah dari usianya tujuh tahun kerana kerap tidak hadir ke sekolah.


Qistina atau nama sebenarnya Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri berkata dia hanya pergi ke sekolah selama 10 hari sahaja ketika darjah satu.


Bukan itu sahaja, pelakon berusia 14 tahun itu memaklumkan dia juga tidak mempunyai pengalaman duduk makan di kantin sekolah.



Saya banyak tak datang sekolah sebab terlalu sibuk dengan penggambaran drama termasuk beberapa program televisyen.


Bagaimanapun, Qistina berkata dia mendapatkan pendidikan di rumah atau homeschooling dari usianya tujuh tahun sehingga sekarang.


Saya daftar sekali lagi masuk ke sekolah masa darjah enam untuk menduduki (UPSR), tapi PKP pula.


Namun, pelakon Papa Ricky itu sekali lagi dibuang sekolah kerana perlu ke Itali untuk penggambaran bersama Zul Ariffin dan Neelofa.


Cikgu pula ingat saya pergi bercuti, kena buang lagi.



Dalam pada itu, Qistina berkata dia mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara namun percaya dengan rezeki yang diaturkan oleh Allah SWT.


Ada orang dah belajar tinggi-tinggi pun, belum tentu boleh berjaya.z

Artikel Berkaitan

ARTIS 1251124943482842050

Popular Posts

item