VIDEO : Selepas khatam quran, malam berinai Watie-Shuib DISAJI penari gelek

 


Nama usahawan wanita, Watie Hanifiah mula menjadi bualan ramai apabila dikaitkan menjalin hubungan percintaan dengan pelawak, Shuib dan mereka berdua kini sedang menghitung hari untuk disatukan sebagai suami isteri.


Meskipun tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum diijabkabulkan, mereka telah mengadakan beberapa majlis sehingga tular di media sosial dan kembali menjadi bualan ramai.


Antaranya adalah majlis khatam Al-Quran dan malam berinai yang diraikan dengan meriah dipenuhi dengan ahli keluarga, sahabat handai dan kru produksi terlibat yang menjalankan penggambaran majlis.


Watie mendedahkan dirinya mendapat tunjuk ajar daripada seorang ustazah selama seminggu  dan majlis khatam al-Quran itu diadakan bagi mendapat keberkatan sebelum mendirikan rumah tangga pada 23 Jun ini.


“Alhamdulillah, saya dah lama rancang untuk mengadakan majlis ini sebelum bergelar isteri tidak lama lagi.


“Saya pun berpeluang mendapat tunjuk ajar daripada seorang ustazah selama seminggu. Saya juga bersyukur semuanya berjalan lancar seperti yang saya idamkan selama ini,”ujarnya.



Dalam pada itu, majlis malam berinai Watie dan Shuib turut menjadi bualan apabila kelihatan beberapa penari sedang ‘bergelek’ bersempena dengan tema Arabian Night di mana wanita itu ceria memakai busana berwarna shocking pink.

@akakpelamin Meriah nyaaa😍😍 Merpati dua sejoli … #WeddingDay #WatiForShuib ♬ شكد حلو - اصيل هميم

Dah elok mengaji, tetiba gelek

Seperti dijangka, perkongsian video dimuat naik semula pengguna TikTok @akakpelamin mendapat pelbagai reaksi dan boleh dikatakan ada yang tidak menyukai dengan cara majlis tersebut diadakan.


Malah, mereka juga mempertikaikan ‘wujudnya’ majlis malam berinai bertemakan Arabian Nigt yang dihadiri penari sedang sakan bergelek.




Biarlah mereka nak kahwin, layak bahagia


Sementara itu, ramai juga di kalangan warganet berpendapat bahawa pasangan tersebut layak untuk melakukan majlis dengan meriah memandangkan ia adalah pengalaman kali pertama Watie mendirikan rumah tangga.


Bahkan, Shuib juga layak untuk mencari kebahagiaan hidup di samping seorang wanita selain kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anak.



Sekadar info, majlis tersebut akan disiarkan dalam mini terbaharu yang akan merakam detik manis dan perjalanan cinta pasangan itu berjudul Walimatulurus Shuib dan Watie sebanyak 3 episod bermula 24 Jun ini pada jam 9 malam di Astro Ria.


Terdahulu, portal melaporkan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad selamat melangsungkan pertunangan dengan Watie pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup.


Sekadar info, Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, arwah Siti Sarah pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra,9, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan,2.





Artikel Berkaitan

ARTIS 7449418758717210791

Popular Posts

item