Tak Semua Lelaki Mampu Buat Macam ni ! Kali ini bikin kejutan dalam pawagam. Hafiz Mahamad buat isteri menangis lagi...



TIDAK lekang daripada kamus hidupnya membuat kejutan, usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad sekali lagi mengejutkan ramai sempena hari ulang tahun kelahiran isterinya.


Memegang rekod 55 kali tanpa gagal, Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad membuat kejutan terbaharu di dalam sebuah dewan pawagam yang disewa khas.


"Saya sewa satu panggung wayang semalam ada sebab. Mungkin dia pernah menginginkan kehidupan seperti watak atau apa cerita dalam wayang atau drama


"Tapi wayang is still wayang, Saya nak buktikan, apa yang ada di skrin semalam adalah cerita dan watak yang ada dalam realiti kehidupan Aina," katanya yang membuat kejutan hari jadi isteri, Nursyafiqah Aina Abdul Wahab atau Aina.



Menerusi video terbaharu yang dimuat naik Hafiz di laman sosialnya pada Isnin malam, usahawan berusia 30 tahun itu menghadiahkan isteri pakej menunaikan haji pada tahun ini.


Menariknya, Hafiz turut bakal membawa kedua-dua ibu bapa mentuanya ke Tanah Suci.


"Daripada tahun lepas lagi, Aina kata teringin sangat nak bawa mama dan ayah pergi haji. Kami usahakan tahun ni sama-sama dan saya tak sangka visa lulus tiga, empat hari sebelum birthday Aina


"Saya sembunyikan berita ni untuk beritahu pada hari birthday Aina. MasyaAllah, ini semua sebab awak terlalu baik Aina.


"Aina cakap, dia happy sangat dan ini surprise paling bermakna. Syukur, saya masih pegang 55 kali rekod tanpa gagal untuk buat dia happy pada hari birthday dia," katanya lagi.



Majlis kejutan yang turut dihadiri ibu bapa Aina menyaksikan mereka mengalirkan air mata kegembiraan selepas visa haji masing-masing ditayangkan di skrin dalam dewan pawagam.


Mengucapkan penuh kesyukuran, Hafiz yang merupakan bapa kepada dua cahaya mata itu berkata dia sekadar menumpang rezeki isteri.


"Sayang. Allah sayang awak dan abang syukur diizinkannya 'menumpang rezeki awak'.


"Sayang, abang nak bercinta dengan awak selamanya. Abang harap awak bahagia.


"Aina, awak wanita hebat, selamat hari lahir sayang," katanya lagi.



Di ruangan komen, rata-rata netizen sebak kerana terharu dengan kejutan yang tidak-disangka dilakukan Hafiz buat isterinya kali ini.


"Jangan kata Aina, yang tengok ni pun berjurai air mata. Allah mudahkan urusan awak sebab bahagiakan isteri.


"Malaysia menangis sebab Hafiz dan Aina.


"Untung suami isteri saling menghargai, menghormati dan melengkapi. Alhamdulillah syukur.


"Motivasi yang saya cari selama ni dah ada. Hati saya sayu dan menangis. Terima kasih sangat-sangat mengajar apa itu erti kehidupan," demikian antara komen netizen.

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 7671059223184161071

Popular Posts

item