SUBHANALLAH ! Mizz Nina Kongsi Video Naik Motosikal Dengan Suami, Lain Pula Yang Netizen Perasan
Perkongsian video aktivitis keagamaan dan usahawan, Mizz Nina di Instastory miliknya bersama suaminya iaitu penyanyi Essam Muhammad menarik perhatian netizen.
Video itu memperlihatkan Mizz Nina menaiki motosikal bersama suaminya berjalan-jalan sekitar Rotterdam, Netherlands.
“Jadi, Alhamdulillah.. suami saya telah menemui motosikal miliknya. Apakah perancangan kita pada hari ini?,” kata Mizz Nina menerusi perkongsian itu.
Video yang dikongsikan semula di Instagram rasmi HLive itu menerima maklum balas positif daripada peminat yang ratarata mendoakan kebahagiaan mereka selain memuji persamaan wajah pasangan itu.
Malah, ada juga yang memuji kesederhaan Mizz Nina yang juga merupakan anak kepada orang kenamaan dengan gaya hidup minimalis itu.
“La seiras wei… semoga kekal bahagia hingga ke syurga ya Mizz Nina dan suami.
‘MashaAllah... bila tengok betul-betul, ditenung, direnung baru perasan yang rupa hubby Mizz Nina ada iras wajah Mizz
Nina. SubhanaAllah. Semoga jodoh kalian berdua kekal hingga ke jannah.
“Ni baru betul berzuhud. Bukannya tayang Lambo, Ferrari, McLaren. Hidup bersederhana yang sepatutnya,” komen
beberapa netizen.
Terdahulu, Mizz Nina mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Essam Muhammad dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat.
Mizz Nina meluahkan rasa syukur dengan pernikahan kali kedua itu dan menganggap ia takdir terindah ditentukan oleh Allah SWT.
Malah, Mizz Nina juga berharap ikatan yang dibina akan memberikan manfaat kepada semua pihak dan dirinya dalam bersama-sama menjadi insan yang lebih baik.
Sebelum ini, Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sebelum menfailkan penceraian pada 14 Jun 2022.