Menitis Air Mata Tengok. Terperosok bawah treler, posting terakhir ‘rider’ wanita di FB undang sebak
Pemergian seorang penunggang motosikal wanita yang meninggal dunia selepas terbabit dalam satu kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Gunung Pulai, Kulai semalam mengundang rasa sebak ahli keluarga dan kenalan terdekat.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, ahli keluarga meminta rakan-rakan dalam media sosial sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham Suria Othman, 36.
Moga arwah adikku dan rakan ‘rider’ tenang di sana
Al-Fatihah buat ibu saudara saya
Al-Fatihah buat ibu saudara saya
Begitu juga dengan beberapa kenalan yang masih terkejut berhubung kejadian tersebut yang meluahkan rasa kehilangan, selain mengimbau semula kenangan susah dan senang bersama arwah.
Salam takziah buat keluarga
Terlalu banyak kenangan kita
Menurut laporan Kosmo!, dua motosikal ditunggangi mangsa dan rakannya Zaiton Zainal, 38, tergelincir ketika melalui selekoh sebelum bertembung dengan lori treler dari arah bertentangan.
Difahamkan, Allahyarham Zaiton meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim.
Sementara itu, Allahyarham Suria ada memuat naik gambar terakhir bersama suaminya di sebuah lokasi di Mersing, Johor sehari sebelum kejadian.
Posting terakhir undang sebak
Arwah miliki hobi ‘ride’ motosikal
Posting berkenaan sekali gus dipenuhi ucapan takziah daripada warganet dan mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Innalillahiwainnailaihirojiun