"MEMANG PATUT DIA KENA TUNJAL !" - Saksi tampil pertahan abang baju merah, DEDAH Apa Yg Pemandu Perempuan Tu Dah Buat Hampir R4GUT Nyawa Org Lain



MEDIA sosial hangat ketika ini dengan perdebatan warga maya susulan tularnya video memaparkan seorang lelaki gempal berbaju merah mengasari seorang pemandu perempuan, yang didakwanya memandu secara berbahaya.


Selain komen yang rata-rata mengecam lelaki berkenaan kerana berlagak samseng, muncul pula versi lain yang mempertahankan tindakannya.


Menerusi ruangan komen, seorang individu bernama Eliena Elin tampil memberi penjelasan kerana mendakwa dia antara saksi ketika kejadian berlaku.


"Kami ada di belakang kereta Perodua Myvi biru ini semalam. Kami elak, nyaris masuk gaung semalam. Kereta Alza di depan mengelak sampai dekat bukit," komennya.


Sementara itu, seorang lagi individu, @oursafestescape menerusi ruangan komen di Instagram turut mempertahankan lelaki berbaju merah berkenaan dan berkongsi apa yang berlaku sehingga mendorongnya bertindak kasar.




"Lelaki itu dah buat report. Dalam report itu, memang perempuan itu memotong tak lepas kereta brother tu, sampai brother tu mengelak ke kiri hampir ke curam.


"Dalam kereta brother tu bini (isteri) tengah sarat hamil lapan bulan dengan ada anak berusia dua tahun," dakwa individu tersebut.


Terdahulu, viral satu video di Facebook memperlihatkan seorang lelaki bertindak samseng apabila memarahi seorang pemandu perempuan yang didakwanya memandu secara berbahaya.


Menerusi video yang tular, kelihatan lelaki berbadan gempal dan berbaju merah itu keluar dari keretanya dan segera mengetuk cermin kenderaan pemandu tersebut dengan wajah bengis.


Sebaik cermin kereta diturunkan, lelaki berkenaan menghambur kata-kata kesat dengan lagak tak ubah seperti samseng jalanan.


"Bawa elok-elok sikit... kau main nyawa orang, b**i. Kalau aku sepak (tampar) kau, dengan orang sebelah kau pun aku sepak," katanya, garang.


Biarpun cuba dijelaskan secara baik oleh pemandu wanita berkenaan bahawa dia tidak bersalah keraba memotong di garisan putus-putus, lelaki tersebut tetap berkeras dan menyalahkannya.


"Kau jangan nak menjawab dengan aku. Kau main nyawa orang. Kau nak kenal aku siapa tak? Lagi kau nak tinggi suara. Line putus-putus b***k kau. Tak nampak ke depan corner (selekoh)? Pecah muka kau kejap lagi," demikian kata-kata yang dihamburkannya.


Tidak sekadar menghamburkan kemarahan dengan disusuli perkataan kesat, lelaki itu juga dilihat menunjal kepala pemandu tersebut sebanyak dua kali sebelum berlalu.


Video itu dipercayai dirakam oleh penumpang yang duduk di sebelah pemandu wanita tersebut, sebelum dimuat naik di Facebook.


Menerusi hantaran yang dikongsikan pemandu wanita berkenaan di laman sosial, kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Tapah-Cameron Highlands pada petang Isnin.

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 7034802776923797757

Popular Posts

item