Budak 2 Tahun DIBEL4S4H ‘Pakwe’ Ibu Sampai LEB4M Dan Berbirat Muka, Diburu Polis

 


Tular di media sosial sejak semalam mengenai satu kes penderaan kanak-kanak berusia 2 tahun yang dilaporkan berlaku di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.


Difahamkan, kanak-kanak itu telah dipukul kerana bising oleh teman lelaki ibunya dan suspek telah pun melarikan diri setelah ibu mangsa melaporkan kes tersebut kepada pihak polis.



Kes itu turut mendapat perhatian penyanyi Caprice di mana dia ada memuat naik video mengenai pencarian suspek dan meminta orang awam untuk mengesan pelaku kes dera itu agar diheret ke muka pengadilan.



Menurut si ibu, anaknya telah dipukul menggunakan penyangkut baju selain muka turut ditampar sehingga lebam.


Kanak-kanak itu juga telah dihantar ke hospital oleh anggota polis untuk menjalani pemeriksaan lanjut.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa geram dan marah terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki itu selain berharap agar dia segera ditangkap polis.

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 648988515657042866

Popular Posts

item