TAKZIAH Ubai, Rupanya Dah 3 Tahun Menderita Ketumbuhan. Sama-Sama Doakan Ubai
PERSONALITI media sosial Ubai selamat menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan pada bahagian kepalanya di sebuah klinik swasta di Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.
Kata Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, dia mula menyedari ketumbuhan tersebut sejak tiga tahun lalu.
Atas nasihat doktor dan bimbang ketumbuhan itu semakin membesar, Ubai mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan.
"Hanya pembedahan kecil sahaja membuang ketumbuhan di bahagian kepala. Saya dah mula kesan sejak tiga tahun lalu masalah ini.
"Ia semakin membesar dan doktor juga nasihatkan supaya buang agar tidak menjadi lebih besar sebab itu saya lakukan pembedahan," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.
Terdahulu, Ubai memuat naik gambar ketika dan selepas menjalani pembedahan itu di Instastory miliknya.
Dalam pada itu, kekasih kepada penyanyi Shila Amzah ini turut meluahkan rasa syukur kerana pembedahan itu berjalan lancar.
Masih dalam keadaan lemah, Ubai berkata dia dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.
"Syukur semuanya selesai. Sekarang tengah berehat lagi dan masih dalam keadaan lemah lagi," ujarnya ringkas.