Ngeri! Botol minyak rambut tiba-tiba 'sesat' dalam perut, doktor berderau DARAH dapat tahu punca

 


KEJADIAN yang tidak tercapai dek akal.


Sungguh mengerikan apabila botol plastik dikeluarkan daripada perut seorang lelaki di India melalui pembedahan.


Lelaki berusia 55 tahun dari Madhya Pradesh itu dipercayai menelan objek berkenaan.


Objek itu tersangkut di dalam perut lelaki terbabit hingga menyebabkan pembedahan segera perlu dijalankan untuk menyelamatkan nyawa.


Dr Manoj Chowdhary mengeluarkan botol pada 16 Mei dan pesakit itu kini ditempatkan di bawah pemerhatian.


Gambar selepas pembedahan menunjukkan objek itu adalah botol minyak rambut Nihar Shanti Amla berwarna hijau.


Sementara itu, hasil ujian imbasan X-ray mendapati ada botol di dalam perutnya sebelum doktor mengambil tindakan lanjut.


Masih tidak jelas sama ada lelaki itu menelan botol itu dengan sengaja dan butiran lanjut belum dikeluarkan kerana kerahsiaan pesakit.


Ia berkemungkinan dicetuskan kerana gangguan psikopatologi yang membabitkan cubaan menelan objek bukan berkhasiat untuk menyebabkan kecederaan diri.


Ia paling kerap dikaitkan dengan gangguan personaliti sempadan (BPD).

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 2261752432267111045

Popular Posts

item