NETIZEN JUMPA Akaun Facebook & Tiktok Pengasuh Yg DER4 Bayi, TERKEJUT Tgk Apa Yg Dia Update Sebelum Tu



TIADA hati perut! Begitulah gambaran sesuai diberikan terhadap tindakan seorang pengasuh yang tergamak mendera bayi di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dipercayai terletak di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor.


Menerusi perkongsian peguam Tuan Mahmud Jumaat yang diciap @MySamudera.my di Twitter, pengasuh itu dilihat menekup dan menghempas kepala bayi berkenaan.


Ceritanya, wanita terbabit juga berulang kali meniup hidung dan mulut bayi berkenaan dalam keadaan dibedung sehingga menyebabkan dia menangis.



LINK akaun tiktok pengasuh : https://www.tiktok.com/@ieraakim95


"Saya telah menghubungi Puan Mona Din (aktivis) dan dimaklumkan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kes ini.


"Ibu kepada bayi tersebut telah membuat laporan polis dan bayi tersebut juga telah mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital," kongsinya.


Beliau turut mendedahkan bahawa latar belakang pendera itu termasuk maklumat Taska berkenaan sudah diperoleh, selain mendakwa pemilik merupakan seorang berpengaruh.


"Tetapi saya percaya bahawa pemilik Taska ini juga tidak boleh menerima kes penderaan sebegini berlaku di dalam Taska beliau dan akan mengambil tindakan sewajarnya," ujarnya.


Menerusi perkongsian sama, dia turut memohon orang ramai agar tidak mengecam perakam terbabit kerana percaya dia sudah beberapa kali diberi nasihat, namun gagal.


"Akibat kesukaran untuk mendapatkan bukti kes penderaan, perakam perlu merakam sebagai bahan bukti untuk pihak ibu membuat laporan polis agar pendera kejam tersebut tidak terlepas dari jenayah yang dilakukan.


"Kali ini saya ingin mengajak mana-mana pihak yang pernah menghantar anak ke Taska ini untuk membuat pemeriksaan kesihatan kerana khuatir mungkin ada kecederaan dalaman atau pernah didera oleh pengasuh durjana ini," tambahnya.



Kejadian yang tular sejak kelmarin turut mendapat perhatian penyanyi Caprice yang membuat perkongsian tersebut di Instagram.


Malah ramai warga maya meninggalkan komen pada hantaran penyanyi itu meminta agar pihak berkuasa segera menjalankan siasatan supaya wanita itu dikenakan tindakan yang setimpal.


"Cap, tolonglah usulkan benda ini terutama kepada pihak kementerian, banyak dah kes macam ini, tapi macam tak de apa je. Kalau ibu bapa diberi akses kamera litar tertutup (CCTV) untuk setiap Taska lagi bagus untuk pemantauan.


"Kalau tidak penyabar jangan la nak jaga baby orang, lepas tu buat macam itu. Baby bukan tahu apa, bukan boleh bagitahu orang. Tapi kalau sudah jerit, entah cubit ke pukul ke...hmmm. boleh jadi effect juga kat baby itu.


"Semoga usaha anda sampai ke pihak berkuasa. Banyak je kes macam ini tapi banyak tergantung dan tiada bukti," demikian antara komen netizen. 

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 358333133441356932

Popular Posts

item