"Dia Tak Sahut Panggilan.." - Penyampai radio Suria FM Meninggal Dunia

Your Website


BEKAS penyampai radio Suria FM, Ahmad Zuwairi Mohd Nor atau lebih mesra dengan panggilan Zizi meninggal dunia pada pukul 1.47 pagi Khamis di Hospital Melaka akibat lemah jantung.


Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh adiknya iaitu Safuan.


Allahyarham, 42, dilaporkan sempat mengadu berasa letih dan penat kepada isterinya sebelum mendapatkan rehat di dalam bilik.


Semasa berehat, arwah dikatakan tidak menyahut panggilan isterinya dan segera dikejarkan ke hopsital.


"Arwah malam semalam selepas makan mengadu badannya rasa penat dan menyuruh isterinya, Hidayah menyapukan minyak pada bahagian kaki dan kemudian arwah mengatakan ingin berehat di dalam bilik.


"Selepas menguruskan anak-anak Hidayah memanggil nama arwah tapi tak menyahut kira-kira jam 11 malam.


"Bila dikejutkan arwah tidak bangun dan dia terus dikejarkan ke hospital Melaka. Pegawai perubatan mengesahkan kematian arwah kira-kira jam 1.47 pagi tadi," katanya.


Dalam pada itu, jenazah dijadual dibawa ke rumah ibu bapanya di Bukit Katil, Melaka sekitar jam 9 pagi Khamis bagi urusan pengebumian.


Ketika di Suria, arwah pernah bergandingan bersama Halim Othman dan juga Sharifah Shahira.


Bagaimanapun, arwah meninggalkan Suria FM selepas menerima tawaran bagi menguruskan stesen radio di Jakarta, Indonesia.



Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 1221463136078199578

Popular Posts

item