"Sedang bertarung nyawa, 6 saluran jantung tersumbat” – Jasmin Hamid
Sedang bertarung nyawa, 6 saluran jantung tersumbat” – Jasmin Hamid. Bekas suami kepada pelakon Jasmin Hamid, Ian Rashid kini sedang dirawat di hospital di ibu kota akibat serangan jantung.
Hal itu dimaklumkan oleh Jasmin menerusi hantaran di Instagramnya pada Khamis.
“Mohon ehsan doa dari keluarga dan teman-teman yang saya sayangi buat bekas suami saya, lan Rashid yang kini berada di wad ICU sebab kena serangan jantung..ada 6 saluran tersumbat.
“Saya dan suami pergi menziarah bekas suami saya di hospital.
“Kami masih berkawan baik walaupun masing-masing dah ada pasangan baru.. beliau orang baik,” maklumnya.
Mengambil iktibar daripada keadaan diri sendiri, Jasmin berpesan kepada peminatnya agar sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan.
“Saya yang ada sakit jantung tapi sekarang beliau yang sihat wal’afiat sebelum ni pula yang berada di ICU sebab kena serangan jantung.
“Ini semuanya adalah ketentuan Allah.
“Pergilah check doktor untuk tahu tahap kesihatan kita terutamanya jantung kerana serangan jantung adalah pembunuh senyap.
“Hanya Allah sahaja yang akan berikan ganjaran di atas segala kebaikan kalian yang sudi panjatkan doa buat Ian Rashid,” ujarnya.
Komen Netizen