“Saya Nampak Anak Saya 'Curi' Cili...” VIDEO: Farid Kamil Menangis, Insiden ‘PETIK CILI’ Jadi Punca Tak Dapat Berjumpa Dengan Anaknya
Pelakon Farid Kamil bersyukur apabila kerinduan terhadap anak akhirnya terubat apabila dibenarkan meluangkan masa bersama Muhammad, semalam (Sabtu).
Boleh jumpa Muhammad saja
Bagaimanapun, menurut Farid, dia tidak dibenarkan untuk bertemu dengan anak perempuan, Nur Aurora serta masuk ke rumah kelamin bagi mengambil barang-barang keperluan.
Memetik temubual dengan Melodi, kata Farid, alasan yang diberikan adalah Aurora trauma dengan insiden petik cili.
Alhamdulillah akhirnya berjumpa juga dengan anak saya walaupun seorang. Saya mengikut arahan peguam yang membenarkan saya datang mengambil anak-anak dan barang di rumah kelamin (sudah tertera di dalam surat).
Saya nak lihat sendiri adakah mereka masih tinggal di rumah ini? Saya masih tertanya-tanya apakah sebab saya tak boleh jumpa mereka semua?
Sudah tentu saya sedikit kecewa. Saya sudah datang pada tepat waktunya, saya dapat surat daripada peguam pihak sana yang mengatakan saya tidak dibenarkan berjumpa dengan anak di rumah.
Bila saya dapat surat, hanya Muhammad saya boleh jumpa, Aurora belum bersedia untuk berjumpa kerana masih trauma dengan insiden petik cili. Apakah dimaksudkan dengan petik cili? Diana kena terangkan kepada umum dan saya. Kalau saya nak cerita, lebih kepada mengaibkan.
Saya masih sayangkan keluarga, sudah 11 tahun bersama. Saya tetap akan memegang hak suami untuk menegakkan hukum hakam Islam dalam rumah tangga.
Denda anak
@melodiberapi Akhirnya pelakon Farid Kamil dapat berjumpa dengan anaknya iaitu Muhammad.. Nak tahu cerita selanjutnya jangan Lupa saksikan laporan penuh sebentar sahaja lagi.. 🔥🔥 #meloditv3 #faridkamil #ceritaartismalaysia #dianadanielle #fypシ゚viral #panas #sensasi #tv3 #fypシ゚viral🖤tiktok ♬ original sound - Melodi
Tegas aktor berumur 42 tahun, dia tidak pernah ‘angkat tangan’ dengan aktres, Diana Danielle mahupun kedua cahaya mata.
Enggan terus mengunci mulut, Farid berkata dia telah menegur Aurora kerana telah memasuki kawasan kediaman jiran tanpa kebenaran lalu memetik pokok cili.
Susulan perbuatan tersebut, pemilik nama Farid Kamil Zahari telah mengenakan denda iaitu berdiri di dinding namun Diana tidak berpuas hati.
Saya tak pernah naik tangan, kasari anak-anak mahupun isteri. Untuk penjelasan, Aurora masuk ke rumah jiran tanpa kebenaran dan memetik pokok cili.
Saya nampak. Sebagai ayah, saya cakap Aurora awak buat kerja salah. Masuk rumah orang, ambil barang orang, consider mencuri, don’t do this. Saya tanya dia, ibu ajar ke sapa ajar? Dia cakap tak ada sapa ajar. Saya suruh kawan dia balik.
Saya denda dia. Saya tanya Aurora nak kena rotan ke berdiri dekat dinding? Dia pilih untuk pergi dekat dinding. Semasa dia menjalani denda tersebut, Diana sampai dan tak puas hati apa saya buat dekat Aurora.
Bagi saya di zaman 90an, didikan agama apa yang ibu bapa saya beri, saya cuba terapkan kepada anak saya. Bagaimanapun, tidak mendapat persetujuan Diana yang tidak mengetahui tujuan sebenar. Saya harap insiden petik cili boleh dipercepatkan untuk diperdengarkan di mahkamah.
Dah dekat 30 hari telefon saya disekat, media sosial disekat daripada berhubung dengan mereka. Saya bersyukur sekurang-kurangnya saya dapat jumpa Muhammad. Saya rasa terhina sangat bila diperlakukan macam ini.
Apa salah saya? Saya curang dengan perempuan lain ke? Apa dosa besar saya buat? Tolong jelaskan dan janganlah panjangkan benda-benda kecil seperti petik cili ke mahkamah yang akan mengambil masa dan duit kita yang sangat banyak. Kita bukan orang senang.
Abang kepada Fadzil Zahari turut memberi gambaran ada kejadian yang berlaku ketika mereka sekeluarga menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu.
Cukup-cukuplah kesengsaran yang saya alami daripada 2017. 2023 it’s time for us to get back on track. Apa yang berlaku di tanah suci Mekah itu saya tak boleh cerita. Apa yang berlaku dah bagi gambaran sebenar, apa yang akan terjadi di depan (masa akan datang). Saya tak boleh terima semua itu. Saya akan berjuang sebab ada anak-anak.
Minta maaf dengan semua kesalahan
Dalam pada itu, pelakon filem Anwar: The Untold Story membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson. Dia memohon agar penyanyi berumur 32 tahun itu bersabar menghadapi dugaan Allah SWT.
Kepada Diana Danielle, dengan cara terbuka, saya memohon maaf atas apa sahaja kesalahan yang telah saya buat. Sampai hari ini, saya masih mencuba untuk pulihkan keadaan. Nampak gayanya, keadaan makin menekan. Saya berharap awak bersabar dan percaya la cakap saya semua akan baik-baik saja.
Kepada Aurora, be strong. I love you so much. I will never hurt you. I miss you so much. Kalau Aurora rindu baba, call la.
Sebelum ini, media melaporkan Farid mendakwa sudah 23 hari tidak dapat bertemu mahupun berhubung dengan dua anaknya.
Pada 20 Mac lalu, Diana yang juga aktres memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, selaku plaintif memfailkan permohonan tersebut pada 10 Mac lalu menerusi Tetuan Akberdin & Co.
Bagaimanapun, pada sebutan pertama permohonan cerai 28 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Pasangan yang mendirikan rumah sejak 11 tahun lalu itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora, lapan tahun.
Sumber: Melodi