Patutlah View Chin Tenang Je- “Saya Dengan Ahmoi Dah C***** Tahun Lepas” – View Chin Akhirnya Buka Mulut


Semalam, kecoh di media sosial mengenai seorang influencer yang dikenali sebagai View Chin didakwa curang dengan staf yang sering melakukan live TikTok bersamanya, Mira.


Pendedahan tersebut dibuat sendiri oleh isteri View Chin, Shermine di laman Facebook dan turut disediakan banyak bukti.


Terbaharu, di TikTok kini telah tersebar beberapa tangkap layar perbualan seorang individu dengan influencer tersebut yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kes ini.




Menurut View Chin, konflik dengan Shermine mula tercetus apabila melibatkan hak penjagaan anak-anak mereka selama 8 tahun.


Biarpun enggan bercerita secara lanjut, usahawan itu berkata dirinya dengan Shermine sudah pun bercerai pada tahun lalu.


Sekadar info, Shermine mendedahkan bahawa View Chin dan Mira menjalinkan hubungan sulit dibelakangannya untuk jangka masa yang agak lama, malah mereka turut dikatakan ‘check-in’ hotel sewaktu wanita tersebut dalam pantang.

Artikel Berkaitan

ARTIS 311726412980346209

Popular Posts

item