"NOT INTERESTED !" Ini Respond BERANI MATI Dato Hattan Selepas Teruk DISELAR Netizen
PENULARAN video temu bual di antara Datuk Hattan bersama penyampai berita saluran Astro Awani menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen yang menganggap penyanyi berkenaan tidak beradab.
Ia susulan pihak Astro Awani membuat panggilan telefon kepada Hattan bagi mengulas pemergian vokalis kumpulan XPDC iaitu Mael atau Syed Ismail Syed Ibrahim yang meninggal dunia pada malam Khamis lalu.
Menerusi temu bual secara langsung Buletin Awani pada pagi Jumaat, Hattan tiba-tiba menempelak penyampai berita, Nur Syazwani Saiful Sham yang bertanya soalan mengenai penulisan lagu dan lirik kumpulan XPDC yang cukup mendalam dan meninggalkan kesan kepada hati pendengar.
Hattan kemudiannya bertanya sama ada Syazwani mengetahui sejarah tentang individu di sebalik yang menghasilkan lirik lagu-lagu kumpulan rock terkenal itu.
Penyanyi lagu Bisa Bonar itu turut menganggap Syazwani tidak melakukan persediaan dan kajian sebelum menemubualnya.
Selepas menjelaskan serba sedikit mengenai perkara itu dan menjawab soalan lain daripada penyampai berita berkenaan, Hattan dilihat mematikan talian.
Dalam pada itu, warganet meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara Hattan mengendalikan temu bual itu serta mempersoalkan sikapnya yang kasar.
Penyanyi itu juga disifatkan sebagai tidak profesional apatah lagi temu bual itu dilakukan secara siaran langsung selain dianggap telah merosakkan usaha Astro Awani memberi penghormatan kepada Allahyarham Mael.
"Dia (Hattan) sangat tidak profesional, menghina dan kurang ajar terhadap wartawan penyiaran itu apabila ditanya soalan. Ini adalah siaran langsung, tak perlu nak malukan orang.
"Jenis semua tahu lepas itu nak downgrade (merendah-rendahkan orang). Bila ditanya cara baik, jawablah cara baik.
"Dengan itu telah merosakkan dua minit tribut untuk arwah Mael di televisyen," komen netizen.
Sementara itu, Hattan atau atau Mohd Shukri Shahabudin, 59, secara ringkas memberitahu tidak berminat untuk memberi sebarang komen lanjut berhubung perkara itu.
"Not intrested," katanya ringkas ketika dihubungi mStar pada Sabtu.
Manakala Syazwani yang dihubungi pula enggan mengulas panjang isu berkenaan dan berharap orang ramai memahami situasinya.
"Saya minta maaf, saya tak boleh ulas apa-apa berkenaan perkara itu, Harap memahami," katanya.