"Selama Ini Saya Memang Dah Lama Ditindas " - Shuhada Bongkar Kekejaman Hafidz Roshdi Yg Sebenarnya

 

ISTERI kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menyifatkan insiden dia ditumbuk suami sebagai petunjuk daripada Allah agar dia tidak menoleh ke belakang dan perlu meneruskan kehidupan tanpa seorang suami di sisi.

Shuhada, 29, juga menganggap 10 jahitan pada bahagian pipinya adalah hadiah untuk membuatkan dia terus melangkah ke depan tanpa perlu berfikir panjang mengenai masalah rumah tangga dihadapi ketika ini.

Jelasnya, sudah cukup untuk dia bersangka baik terhadap perbuatan Hafidz terhadapnya selama ini.

Dia hanya mahu meneruskan kehidupan bersama dua anaknya, Humairah dan Umar.

Shuhada terima 10 jahitan gara-gara ditumbuk Hafidz Roshdi.


"Jahitan ini saya anggap sebagai hadiah hari jadi yang ke-29, yang ini lagi sakit daripada sakit melahirkan. Nasib baik tak kena dekat mata, nanti buta sebelah pula.

"Selama ini saya memang dah ditindas, cukuplah saya bagi muka dan bersangka baik. Apa yang sudah terjadi ini, Allah nak tunjuk, saya memang tak boleh toleh ke belakang lagi.

"Saya kena move on, jalan dengan anak-anak saya, sama-sama ke depan... enough is enough!," katanya.

Shuhada berkongsi perkara itu ketika muncul dalam program Melodi pada Ahad.

Menerusi temu bual itu juga, jelas kelihatan bahagian pipi Shuhada mempunyai kesan jahitan selain pada bawah matanya lebam dipercayai akibat ditumbuk.

Dalam pada itu, Shuhada berkata, demi meneruskan kehidupan dia enggan menyimpan sebarang dendam terhadap Hafidz apatah lagi lelaki itu adalah bapa kepada dua anak mereka.

Janji Shuhada, dia tidak akan menceritakan kejadian menimpa dirinya kepada anak-anak dan tidak akan memutuskan hubungan Hafidz dengan anak-anak mereka.

"Anak-anak memang kami tak beritahu apa-apa lagi, saya tidak mahu burukkan ayah mereka.

"Anak-anak perlukan seorang ayah dan saya tidak akan putuskan hubungan mereka," ujarnya.

Sementara itu, Shuhada berkata, sekiranya Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Athira Yuhada yang didakwa sebagai orang ketiga dalam perkahwinan mereka, dia mendoakan agar mereka bahagia.

"Kalau betul Hafidz dan Athira berkahwin, saya mengucapkan selamat pengantin baru.

Shuhada mahu move on bersama anak-anak.


Hiduplah bahagia, tenang dan dirahmati Allah... Semoga perkahwinan anda berdua kekal hingga ke jannah," katanya lagi.

Meskipun ujian dihadapi ketika ini berat, Shuhada berkata, dia reda kerana yakin semua dugaan ketika ini akan digantikan dengan kebahagian suatu hari nanti.

"Walau berat macam mana pun saya kena terima.. kalau ujian orang ketiga memang sangat berat, Allah tambah lagi ujian yang berat lagi untuk saya membuatkan lagi saya yakin akan bahagia dan berjaya dengan anak-anak.

"Allah akan bagi yang lagi baik, yang lagi hebat lagi. Saya memang betul-betul letakkan 100 percent (reda) dengan Allah," luahnya.

Pada 2 Mac lalu, Hafidz didakwa menumbuk wajah Shuhada sebanyak tiga kali selepas berlaku pertengkaran di antara mereka.

Athira Yuhada (kanan) dipercayai menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Shuhada.


Akibat kejadian itu, Shuhada terpaksa menerima 10 jahitan dan menyebabkan wajahnya mengalami parut kekal.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umur, 2 tahun.

Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.

Artikel Berkaitan

ARTIS 2460056127111997975

Popular Posts

item