Salam Takziah, Sama-Sama Kita Doakan, Berita Sedih Buat Peminat Kamal Adli

 

INSIDEN pelakon Kamal Adli diserang seorang lelaki menggunakan cota selepas selesai menyertai acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo, Singapura pada malam Ahad membuatkan isterinya, Uqasha Senrose trauma.

Menceritakan kejadian tersebut, Uqasha, 30, berkata, insiden berlaku di antara pukul 9 hingga 10 malam ketika Kamal sibuk melayan peminat yang mahu bergambar.

Kata Uqasha, sebelum kejadian, Kamal, 37, didekati seorang warga emas berkerusi roda mahu bergambar dengan aktor itu sebelum seorang lelaki datang mencari suaminya.

"Kami ingatkan dia peminat apabila Kamal tegur lelaki itu, dia tiba-tiba mengeluarkan cota dari poket sebelum menghayunnya berkali-kali di belakang kepala Kamal.

k

"Darah berjuraian di bajunya... apabila Kamal angkat kepala, dia pukul pada bahagian tulang pipi kemudian berkali-kali di badan.

"Apa lebih menakutkan dia juga mempunyai senjata tajam," katanya.

Uqasha sebelum ini berkongsi berita mengenai kejadian menimpanya di Instagram selain turut memuat naik memperlihatkan aktres itu sedang menangis dan dipercayai berada di sebuah hospital di Singapura.

Pelakon itu dalam hantaran berkenaan memaklumkan Kamal kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Besar Changi (CGH) akibat bahagian belakang kepalanya koyak akibat dihentak menggunakan cota.

Dalam pada itu, Uqasha berkata, lelaki berkenaan memberi alasan dia menyerang Kamal kerana dihantar oleh satu pihak selain mendakwa mempunyai isu peribadi dengan pelakon tersebut.

Diasak tentang tindakannya itu, lelaki berkenaan memberitahu dia cemburu kerana Kamal mengahwininya selain memberi ugutan kepada dan adik-beradiknya yang turut berada di tempat kejadian.

"Apa membimbangkan dia mengugut dengan mengatakan dia ingat wajah kami semua dan kami akan menanggung akibatnya.

"Dia membuat ugutan itu di hadapan polis yang datang untuk menahannya," katanya.

Difahamkan, selain cota, lelaki berusia 34 tahun tersebut turut membawa pisau kerambit.

Hari Raya Mega Sale yang diadakan dari Jumaat hingga Ahad merupakan acara anjuran Megaxpress International dan menampilkan beberapa artis dari Malaysia yang meniaga, membuat persembahan dan penampilan khas untuk bertemu peminat di Singapura.

Kamal Adli Terpaksa Ditidurkan, Doktor Syak Alami ‘Brain Damage’

Insiden yang menimpa Kamal Adli ternyata mengejutkan ramai pihak sejak malam tadi apabila pelakon itu cedera parah selepas diserang individu tidak dikenali ketika berada di Singapura.

Malah, disebabkan kejadian itu, isterinya, pelakon Uqasha Senrose menerusi hantaran di Instagram Story memaklumkan Kamal kini sedang ditidurkan untuk ‘major operation’ kerana mengalami kesan koyak yang sangat dalam di kepala.


Dalam pada itu, berdasarkan pemerhatian XTRA, doktor yang ditugaskan merawat Kamal, Dr Saido Muhanmado juga turut mengesahkan, aktor itu terpaksa ditidurkan untuk menjalani ‘major operation’ kerana disyaki mengalami kerosakan otak sehingga menyebabkan dia rebah dan berasa lemah.

“Ayuh kita doakan buat Kamal Adli. Pasukan perubatan kami terpaksa menidurkannya untuk menjalani ‘major operation’ kerana disyaki mengalami kerosakan otak yang menyebbakan dia rebah dan berasa lemah,” tulisnya pada kapsyen foto yang dimuat naik di Instagram Story.


Dalam pada itu, menerusi hantaran terkininya, Saido sempat berkongsi mengenai maksud ‘Subdural Hematoma’ yang membawa makna saluran darah di ruang antara tengkorak dan otak telah rosak.

Dia sekaligus memohon agar orang ramai di luar sana mendoakan yang terbaik buat Kamal.


Dalam pada itu, usahawan Tya Ariffin dan penyanyi, Roslan Shah antara individu yang menjadi saksi kejadian.

Malah, Tya sempat berkongsi detik cemas menerusi video pendek di Instagram memaparkan dia sedang berlari mendapatkan kain untuk membalut kepala Kamal yang berlumuran darah.

Artikel Berkaitan

ARTIS 8900053814787024087

Popular Posts

item