Salam Takziah Aleeya, Kabar Duka Dari pengasas / Influcer Terkenal Tanah Air

 

USAHAWAN dan selebriti media sosial, Aleeya Zailan berdepan ujian menyedihkan apabila bapa mentuanya, Abdul Aziz Baharom meninggal dunia ketika dia bersama suami dan anak-anak berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Terkilan tidak dapat berada di sisi ketika saat akhir Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, Aleeya dan suami bagaimanapun sempat mengadakan solat jenazah ghaib buat arwah ketika berada di Masjid Nabawi, Madinah.

"Sedih sangat kami tak dapat bersama abah ketika saat akhirnya. Allah Maha Mengetahui dan ini adalah dugaan kami sekeluarga semantara berada di sini. Anak-anak semua rindukan abah. Mereka sayang sangat Atok Aziz.

"Kami sudah buat solat jenazah ghaib untuk abah. Semoga kami juga dapat tunaikan umrah untuknya," katanya.


Allahyarham Abdul Aziz dilaporkan meninggal dunia pada Rabu lalu sekitar pukul 5.22 pagi.

Aleeya berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran video di laman sosial miliknya pada Khamis.

Menerusi hantaran tersebut, kelihatan suami Aleeya iaitu Azri Aziz juga sempat membuat panggilan video bersama bapanya ketika arwah masih berada di sebuah hospital bersama ahli keluarga yang lain.

Aleeya turut menerima ucapan takziah daripada rakan-rakan yang menzahirkan rasa simpati atas dugaan dilalui mereka.

Dalam perkongsian sama, Aleeya turut menyifatkan arwah bapa mentuanya sebagai seorang yang penyayang dan sangat manjakan cucu-cucunya.

"Mereka (anak-anak Aleeya) sangat sayangkan Atok Aziz. Mereka sangat manja dengannya," tulisnya.

Artikel Berkaitan

ARTIS 7949613113157025892

Popular Posts

item