Penyanyi Terkenal Siti Nordiana "TERPAKSA" Berniaga Di Pasar Malam Demi Meneruskan Hidup! Apa Sudah Jadi!!
https://www.siakapkeli.me/2023/03/penyanyi-terkenal-siti-nordiana.html
Nana atau Siti Nordiana adalah anak seni yang tidak asing lagi dalam industri seni. Beliau yang popular pada zaman 90 an bergandingan dengan arwah Achik Spin sangat diminati remaja pada ketika itu.
Antara lagu popular beliau bersama arwah antaranya adalah Memori Berkasih, Paling Comel, Setia Menanti dan banyak lagi. Ianya menjadi lagu siulan anak muda pada ketika itu.
Setiap orang ada proses naik turun, dan Nana juga tidak terlepas dari zaman kejatuhan.
Tiada siapa yang pernah tahu, Nana juga pernah berputus asa dalam bidang seninya dan terpaksa membuat keputusan untuk berniaga pasar malam. Ketika itu, adalah zaman Nana semakin kurang mendapat undangan nyanyian dan tiada lagu baru yang dihasilkan.
Sedar diri kurang sambutan, Nana juga terpaksa membuat promosi lagu baru dengan cara yang agak memalukan, beliau pernah membuat keputusan untuk memakai pakaian sɛksi semata-mata untuk melancarkan lagu baru.
Namun semuanya tidak berhasil dan menemui kegagalan.
Nana buat itu semua bukan sekadar nak meraih populariti, atau untuk kepentingan diri sendiri. Tiada tujuan lain demi nak menampung kehidupan dia dan anaknya bersama arwah suami.
“Saya pernah berputus asa dalam kerjaya nyanyian kerana buat apa sahaja pun serba serbi tidak menjadi, sehinggakan saya pernah pakai pakaian sɛksi untuk melancarkan lagu baru, itu pun tidak menjadi”.
“Pada masa itu, Nana rasa memang sudah tidak ada ruang lagi untuk saya dalam industri seni. Akhirnya pada ketika itu, saya terpaksa berniaga di pasar malam dan dibawah-bawah flat demi kelangsungan hidup”.
Siti Nordiana berkongsi kisah benarnya itu pada sekitar tahun 2015, sewaktu Nana menjayakan majlis sidang media konsert Sayangi Malaysiaku yang diadakan di Kementerian Belia dan Sukan. Putrajaya.
Nana berkongsi kisah kehidupannya dalam buku tulisannya yang bertajuk ‘Life Goes On’. Nana mengambil masa 2 tahun untuk menyiapkan buku tersebut.
Lebih istimewa lagi , Siti Nordiana berkongsi foto-foto peribadinya yang tidak pernah dimuat naik di media sosial. Banyak gambar lama masa saya dalam kesusahan dulu, pada masa tu saya pernah menyanyi di funfair bersama dengan arwah suami Faizal Yusop
“Nana harap apa yang saya kongsikan dalam buku tersebut dapat memberikan inspirasi kepada wanita yang mungkin senasib dengan saya. Sebab dalam buku tu, saya kongsi apa yang saya lakukan bila sudah berputus asa dalam kehidupan” Kongsi Nana.