Kes b3rtumb0k di kedai mamak, 3 suspek sudah ditahan, rupanya b3rtumb0k kerana “gunakan tangan”

 

TIGA lelaki disyaki mabuk yang terlibat dalam insiden amukan di sebuah restoran mamak di Glomac, Cyberjaya ditahan pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tiga suspek yang ditahan itu berusia antara 50 dan 51 tahun.

Pergaduhan itu mengakibatkan dua pekerja kedai mamak itu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan bahu.

“Insiden amukan itu dipercayai berpunca daripada tindakan pekerja menegur perbuatan salah seorang lelaki yang mengambil makanan dengan menggunakan jari.

“Pekerja itu kemudian menyuruh suspek berhenti berbuat demikian dan memberitahu mereka akan dilayan selepas pelanggan yang berada di hadapan mereka selesai membuat pesanan.

“Selepas diberitahu sedemikian, suspek bertindak agresif dan menyerang pekerja itu. Seorang suspek menggunakan sepasang penyepit makanan logam untuk memukul pekerja di kepala dan badan,” tambahnya.

Tambah Wan Kamarul, pada malam kejadian seramai 17 pekerja restoran sedang bertugas dan ada antara mereka cuba meleraikan pergaduhan.

Tambahnya, semakan mendapati dua daripada tiga suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah.

Artikel Berkaitan

ARTIS 4560671017063983124

Popular Posts

item