Jep Tak tahan Syuib sering bagi jawapan tergantung Jep Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Shuib & Sepahtu
https://www.siakapkeli.me/2023/03/jep-tak-tahan-syuib-sering-bagi-jawapan.html
“Tak Apalah, Kini Hati Pun Telah Tawar”, Jep Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Shuib & Sepahtu
Baru-baru ini, nama kumpulan pelawak Sepahtu sering menjadi bualan ramai susulan ketiadaan Shuib dalam persembahan terkenal mereka, Sepahtu Reunion Live (SRL).
Hari ini, pelawak Jep tampil memberikan penjelasan mengenai perkara terbabit selepas tidak mahu masalah itu dipanjangkan oleh pihak yang lain.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Jep atau nama sebenarnya Muhd Nazri Zainal Abidin berkata sudah tiba masanya penjelasan diberikan untuk mengelakkan sebarang spekulasi dan andaian yang boleh menjadi fitnah.
Ikuti perkongsian penuh Jep di bawah ini.
Assalamualaikum wbt. Harini dengan gerak dan izinNya, saya rasa dah tiba masanya untuk saya hentikan sinetron yang dimainkan ini.
Saya bukan orang yang kemaruk dengan publisiti untuk kena sentiasa ada tulisan pasal diri saya.
Jadi tolong jangan libatkan saya dalam marketing murahan ini. Jadi hari ini saya akan bagi tahu kenapa dia tiada dalam SRL bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan andaian yang boleh menjadi fitnah.
Ini kerana jawapan yang selalu dia keluarkan tergantung dan sentiasa berubah-ubah.
Ceritanya bermula ada babak yang dia mainkan dalam SRL mendapat kecaman teruk dari penonton. Aksi lucah itu berlaku ketika babak dia sedang mesin kelapa.
Jadi pihak Astro mengeluarkan arahan untuk dia minta maaf secara terbuka dan dikenakan tindakan penggantungan selama dua minggu.
Tindakan itu sebagai peringatan juga kepada kami pemain yang lain. Ini kerana SRL adalah tontonan keluarga dari pelbagai lapisan umur. Setelah meminta maaf, dia masih tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan, lalu memberi kata dua sekiranya dia masih digantung 2 minggu dia memilih untuk tidak meneruskan lagi baki 50 episod yang tinggal.
Musim berganti musim, musim baru SRL pun tiba.
Tidak memujuk tapi bertanya…
Tidaklah kami melutut memujuk tapi kami tanya, pelawa dan jemput semula. Kami tunggu keputusannya. Senyap tak ada berita. Mahu tak mahu kami teruskan juga tanpa dia.
Peminat terus menerus bertanya. Tidak ada kenyataan sebenar atas apa sebenarnya yang berlaku yang dikeluarkan. Yang sering dibuat kenyataan tergantung, kenyataan yang mendatangkan tanda tanya.
Saya perhati saja. Fikiran saya tak perlu saya ikut campur, itu keputusan dia. Terpulang pada dia. Sepahtu tidak pernah buang Dia.
Malah disatu waktu kami yang tertunggu dia kembali. Disaat dia nyatakan dia rehat dari dunia hiburan dan tak mahu buat rancangan apa pun satu per satu rancangannya keluar. Buat kami temangu mangu.
Tidak apalah. Kini hati pun telah Tawar. Waktu berlalu pergi. Kisah kami yang indah indah saya simpan sendiri. Janganlah ditanya, diasak suruh bersama lagi.
Tidak ada sedikit rasa marah dan dendam cuma kenyataan untuk pembetulan. Walau tidak bersama sepahtu, doa saya tetap bersama dia. Dimana pun dengan siapapun. Semoga berjaya.