"Ibu Nak Sgt Saya Cer4ikan Isteri Saya Sekarang, Tapi Saya Tak Boleh Buat Begitu Sebab ....." Luahan Hati Syamsul Akhirnya Mngaku Dia Sedih.

 

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof menegaskan kepada ibunya, Datin Patimah Ismail bahawa dia tidak dapat menceraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Memetik Kosmo, Syamsul berkata dia mengakui sedih diatas apa yang berlaku namun tidak berkecil hati apabila ibunya berpihak kepada Puteri Sarah.

“Kemungkinan ibu mahu saya menceraikan isteri saya sekarang, tetapi saya tidak boleh berbuat begitu,” katanya.

Sementara itu, Syamsul berkata dia menganggap ianya sebagai ujian apabila perkahwinan keduanya bersama Ira Kazar tidak direstui serta memohon maaf kepada ibunya.

“Sebagai anak saya sedih tetapi tidak sakit hati dengan ibu saya. Walaubagaimanapun dia tetap ibu saya dan mungkin ini ujian bagi saya. Saya minta maaf kepada ibu. Saya tiada pilihan. Insya-Allah masa akan menentukan,” katanya.

Dalam pada itu, Syamsul berkata sekiranya dalam Islam menetapkan syarat bernikah adalah memberitahu ibu pasti dia akan bebuat demikian namun dia lebih fikirkan soal dirinya dengan Tuhan.

“Sekiranya agama kata meminta kebenaran ibu adalah rukun wajib berkahwin, ya saya akan berbuat begitu. Namun, saya memikirkan antara saya dan Tuhan. Apa yang patut saya buat,” katanya.

Artikel Berkaitan

ARTIS 5913347131891234626

Popular Posts

item