DUA HATI KINI BERSATU ! TAHNIAH CIK B SAH BERGELAR ISTERI
Semenjak 23 November lalu, kecoh la kononnya anak kepada usahawan terkenal, iaitu Cik B sedang menjalin cinta bersama dengan jejaka kacak putih melepak, Aniq Suhair.
Walaupun ‘kisah cinta’ mereka itu menjadi bualan hangat tetapi ada juga yang tidak senang duduk dengan berita itu.
Tapi jangan risau, ‘cinta’ mereka itu hanya la lakonan semata-mata begi memberikan feel di dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta lakonan mereka sendiri yang sudah menemui penamat pada 25 November yang lalu.
Selepas berakhirnya drama tersebut, rata-rata netizen berasa lega hati kerana hubungan cinta itu hanya la rekaan semata-mata.
Maklum la, Cik B kan masih di bawah umur, mana boleh nak bercinta ni kan, marah Dato’ Sri Vida nanti kalau anak dia bercinta waktu masih bersekolah.
Netizen turut meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen posting video Instagram Cik B.
Tapi apa yang lagi kelakar ialah Cik B sempat lagi buat video TikTok dekat atas pelamin tu, siap tunjuk hand sign dia ya, geram je tengok Cik B dengan Aniq ni tau!
Agaknya apa la reaksi DSV bila tengok anak kesayangan dia ni duduk dekat atas pelamin tu ya?
Tengah terbayang DSV punya gelak ni tau!