“Perempuan tu lagi HINA dari Ira Kazar sebab ....” KANTOI Curang, ISTERI BONGKAR KECURANGAN Hafidz Roshdi

 

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai pelakon didakwa curang dengan isterinya, malah rata-rata netizen memetik nama pelakon Hafidz Roshdi.


Bagaimanapun, Hafidz menafikan dakwaan tersebut serta mempunyai sebab tersendiri memadam gambar isteri di Instagramnya.


Terbaru, hangat diperkatakan menerusi Cari forum mengenai pendedahan didakwa daripada isteri pelakon lelaki itu sendiri.


Menerusi perkongsian itu, isteri kepada pelakon itu iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri meluahkan rasa kecewa dengan sikap seorang wanita yang didakwa menjadi ‘penyondol’ dalam rumah tangga mereka.

Shuhada turut mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut kerana tergamak merampas bapa kepada anak-anaknya serta meruntuhkan rumah tangga mereka.


“Kepada awak, terima kasih sebab sakitkan hati saya dengan anak-anak yang tidak berdosa. Terima kasih kerana menjadi seorang perempuan yang mengambil abah kepada anak-anak saya.


“Terima kasih kerana meruntuhkan rumah tangga saya, terima kasih kerana sanggup melihat penderitaan wanita lain sebab nak ‘fight for your love,”

Dalam perkongsian lain, Shuhada mendakwa wanita itu ebih teruk daripada Ira Kazar kerana tiada rasa malu datang ke rumah. 


Dalam pada itu, Shuhada mengakui dirinya bodoh kerana sering bersangka baik sehingga mengakibatkan dirinya menderita.


“Saya salah sangat-sangat sebab saya bodoh, maafkan ibu ya Umar dan Humairah, ibu akan cuba yang terbaik,”


Terdahulu, seorang pelakon lelaki katakan ‘kantoi’ bermesej lucah bersama seorang wanita dan terbongkar setelah diketahui isterinya sendiri.

Artikel Berkaitan

ARTIS 7282066196737961021

Popular Posts

item