Perbualan Jijik Dengan Hafidz Rosdi TERSEBAR, ‘Penyondol’ Siap Letak ‘HR’ di Bio IG – “Walau Menyondol Tetap Ke Surau”
https://www.siakapkeli.me/2023/02/perbualan-jijik-dengan-hafidz-rosdi.html
Tular di media sosial sejak semalam tentang pendedahan isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi tentang kecurangan suaminya.
Malah, menerusi Facebook juga seorang wanita dipercayai rakan kepada isteri Hafidz memberi bayangan seolah-olah wanita itu sudah lama pendam kisah ini.
Dia turut mendakwa ‘penyondol’ yang sedang hangat diperkatakan itu bernama Athirah Yuhada dan sejak semalam ramai warganet melakukan pencarian tentangnya.
Bukan itu sahaja, turut tular di media sosial juga satu tangkap layar mempamerkan perbualan mesra di antara Hafidz dan Athirah menerusi Whatsapp.
Sementara itu, menerusi ruangan komen ramai netizen mengutuk wanita itu kerana didakwa ‘berani’ meletakkan initial ‘HR’ bersama dengan emoji berbentuk hati di bio profil Instagram.
Bagaimanapun, difahamkan wanita itu kini sudah menyahaktif akaun miliknya selepas tular di internet tentang skandalnya bersama pelakon berkenaan.
Rata-rata netizen mengecam Athira habis-habisan serta mengkritik rupa parasnya dan membandingkannya dengan isteri Hafidz. Malah, ada yang menyindirnya tetap pergi ke surau untuk menunaikan solat di saat menjadi ‘penyondol’ suami orang.