Identiti sebenar Ubai terjawab, nampak je mcm org biasa, rupanya “SOMEBODY”

 


Gosip mengenai hubungan cinta antara Ubai dan Shila Amzah bukanlah sesuatu yang baru

bagi netizen, yang sebelum ini pernah mengaitkan mereka sedang bercinta.



Namun, kedua-duanya belum pernah membuka rahsia mereka hingga Shila membicarakan

status hubungan mereka dalam sebuah sesi siaran langsung di laman TikTok baru-baru ini.


Bagi mereka yang ingin mengetahui identiti influencer yang berjaya mencuri hati penyanyi

terkenal ini, berikut adalah beberapa butiran biodatanya yang dapat dikongsikan.


Siapa Ubai Mz? Ini Biodatanya..

Nama sebenar: Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli

Nama komersial: Ubai, Ubai Mz, Ubaidillah

Umur: 25 tahun (2023)

Kerjaya: Pempengaruh media sosial, pengacara, personaliti TikTok

Instagram (IG): @ubaimz


Latar Belakang Dan Fakta Menarik

1. Menurut akaun Facebook yang dipercayai miliknya, dia menulis bahawa dia menerima

pendidikan di Universiti Malaya. Sebelum itu, dia menghadiri Sekolah Menengah Kebangsaan

(SMK) Sultan Abdul Samad di Petaling Jaya, Selangor. Walau bagaimanapun, kesahihan

maklumat ini tidak dapat dipastikan.


2. Ubai antaranya terkenal kerana mengacarakan Borak Dulu Baru Kamu, sebuah program

sembang santai bersama para selebriti.


3. Dikatakan bahawa Ubai menjadi peminat Shila sejak berusia 13 tahun pada 2011.

Sebenarnya, pada masa itu ketika bersekolah menengah tingkatan satu, dia sudah mula

mengikuti Shila di Twitter.


4. Hubungannya dengan Shila diketahui umum setelah Shila membocorkan tentang

pertemuan dan status hubungan mereka semasa sesi siaran langsung di TikTok. Shila bahkan

ketika itu merujuk pada Ubai dengan nama panggilan 'Sayang' beberapa kali.


5. Dia mengenali Shila sejak tahun 2011, namun hubungan mereka bertukar akrab pada

sekitar 2014. Mereka semakin rapat antara satu sama lain apabila Shila sedang mengalami

masa sukar dalam hidupnya setelah bercerai dengan bekas suami tahun lalu.


6. Menurut Shila, kisah cinta mereka bermula dengan sebuah skuter yang telah memikat

hatinya pada Ubai, walau bagaimanapun, dia tidak menjelaskan secara terperinci mengenai

peristiwa yang dimaksudkan.


7. Hubungan mereka terlebih dahulu dikesan oleh peminat selepas mereka menghadiri

konsert Melly Goeslaw dan Mahalini bersama-sama.


8. Sebelum ini, Shila pernah berhubungan dengan Haris Idraki Elias, dan mereka berkahwin

pada April 2018. Namun, ikatan perkahwinan mereka berakhir apabila mereka memutuskan

untuk bercerai pada 8 Februari 2022 setelah empat tahun bersama. Dari pernikahan itu,

mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth Uwais.


Gambar

Artikel Berkaitan

ARTIS 72077398121034386

Popular Posts

item