Dituduh Seleweng Wand Derma, Bergaduh Dengan Rakan Artis Ini Jawapan

 


Baru-baru ini, agak kecoh di media sosial dan forum hiburan mengenai satu dakwaan yang muncul mengenai wang kutipan derma sumbangan ketika pelakon Nad Zainal terlantar sakit di ICU disalurkan ke ‘tempat’ lain.


Malah, muncul juga desas-desus yang mengatakan Nad turut bermasam muka dengan beberapa rakan artis namun tidak dipastikan siapa.


Nad dan Ungku Ismail yang telah selamat mendirikan rumah tangga pada 23 Januari lalu juga tidak banyak bercerita mengenai kebahagian mereka di media sosial selain memuat naik hantaran berkenaan kerja dan projek terbaru.


Namun, di saat keduanya mengecapi saat bahagia bergelar suami isteri, muncul dakwaan-dakwaan seperti itu namun tidak pula menyentuh isu keputusan perkahwinan mereka yang dianggap drastik oleh sesetengah pihak.


Difahamkan, ada pihak mengungkit mengenai kutipan yang dibuat rakan artis kepada Nad ketika aktres itu menerima rawatan disebabkan pendarahan di paru-paru sebelum ini.


Mengimbas kembali, Ungku Ismail pernah menjelaskan ke mana wang kutipan itu disalurkan namun masih ada yang mempersoalkan mengenai perkara itu.


Ditemui Harian Metro, Nad Zainal enggan ditemu bual oleh media setelah keluar daripada hospital dan mendirikan rumah tangga kerana tidak diizinkan suami, Ungku Ismail.


Ada perkara yang saya tidak boleh kongsikan. Dalam video itu nanti, saya dan suami akan jelaskan. Kalau boleh sebarang kenyataan saya mahu lakukan bersama suami. Kalau dia (Ungku) tiada, saya tak mahu bercakap.


Namun begitu, dia akan berkongsi segala persoalan menerusi satu video dalam masa terdekat dan akan dilakukan bersama suami.


“No comment for now (tiada komen buat masa ini)” ujarnya lagi.


Sama-sama kita nantikan penjelasan Nad Zainal dan Ungku Ismail.

Artikel Berkaitan

ARTIS 1277392181540572642

Popular Posts

item