“Demi Allah, saya tidak seperti berita negatif yang terfitnah kepada saya” Nota Dari Penjara Isma Halil Hamzah Sebelum Berdepan Hukuman Gantung
https://www.siakapkeli.me/2023/02/demi-allah-saya-tidak-seperti-berita.html
Penyampai radio Bapakku FM, Isma Halil Hamzah yang kini sedang ditahan di Penjara Sungai Buloh setelah dikaitkan dengan kes dadah telah menulis satu warkah untuk peminatnya.
Menerusi warkah tersebut, Isma menyatakan dirinya dalam keadaan sihat serta memohon maaf kepada peminat dan pengikutnya tidak dapat lagi ke udara di radio.
“Terima kasih kepada semua sahabat yang saya ada. Dan saya sihat adanya di Sungai Buloh Ini. Demi Allah, saya tidak seperti berita negatif yang terfitnah kepada saya.
“Maafkan saya sebab tidak ke udara lagi. Sabarlah semua sahabat. Berpisah adalah untuk bertemy lagi. Terima kasih kerana menyokong saya, ”katanya menerusi warkah berkenaan.
Sebelum ini, Isma telah ditahan reman di Penjara Sungai Buloh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang mana jika disabitkan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
Sementara itu, peguam Isma iaitu Ahmad Zaharil Muhaiyar yang memuat naik warkah tersebut di Facebook miliknya menjelaskan anak guamnya belum lagi dibicarakan mahupun disabitkan untuk pertuduhan yang dikenakan.
“Saya bersama Adi Zulkarnain telah ke Penjara Sungai Buloh bertemu dengan anakguam kami, DJ Ismahalil Hamzah yang kini ditahan reman di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang mana jika disabitkan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.Bagi yang bertanya, beliau dituduh dan belum lagi dibicarakan mahupun disabitkan lagi untuk pertuduhan yang dikenakan.
“Mohon pihak-pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi lagi selepas ini.Untuk makluman semua, sebutan di Mahkamah Majistret Jalan Duta telah ditetapkan pada 15/12/2021 untuk laporan jabatan kimia,” jelasnya.
Ujarnya lagi, jika laporan tersebut sudah siap, maka kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan (kes ini hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi sahaja).
“Beliau (Isma) mengirimkan salam serta mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan beliau. InShaa Allah, kami pasukan peguam akan membawa beliau pulang. Di bawah adalah gambar tulisan tangan Ismahalil buat semua pendengar setia,” ujarnya.