“Badan Saya Sudah Rosak & Sebenarnya Sudah Tak Ada Lagi Di Dunia Ini” – DJ Lin

 


Penyampai radio Suria FM, DJ Lin mendedahkan sejak memenangi trofi Penyampai Radio Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH pada 2016, dia kehilangan suara dan berdepan masalah kesihatan sehingga ke hari ini.


Memetik Harian Metro, susulan kesengsaraannya yang ditanggung, Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid berkata dia terpaksa mencuba rawatan Islam selepas disarankan oleh keluarga dan rakan-rakan.


DJ Lin berkongsikan dia pernah sakit teruk pada 2021 sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan berada dalam keadaan koma.


“Saya pernah ke Singapura untuk bertemu seorang mufti bagi mengenal pasti penyakit yang saya alami. Sebelum bertemu dengan mufti berkenaan, saya sebenarnya sudah berjumpa dengan ramai perawat.


“Kesemua mereka memberikan gambaran orang yang sama, malah sewaktu sakit teruk sekitar 2021 sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sembilan hari, saya mendapat bayangan orang yang sama seperti diberitahu perawat.


“Ketika itu keadaan saya memang sangat teruk, saya kepanasan dan merasa seperti disalai di atas api. Saya dalam keadaan koma sehinggakan keluarga dan rakan-rakan menganjurkan majlis bacaan Yasin kerana keadaan saya pada waktu itu seperti tiada harapan lagi untuk hidup.


“Alhamdulillah, mungkin semangat saya kuat untuk terus melawan menyebabkan saya masih mampu bertahan sehingga kini. Tetapi saya tahu insan berkenaan tidak akan berdiam diri dan saya percaya dia tidak senang sebaliknya akan terus lakukan sesuatu supaya hidup saya sengsara,” katanya.


Sementara itu, mufti dari Singapura itu memberitahu bahawa badannya sudah rosak dan akan sembuh jika dia meninggalkan dunia radio.


“Kata mufti itu, kalau ikutkan keadaan badan saya sudah rosak dan sebenarnya sudah tidak ada lagi di dunia ini. Tapi disebabkan belum ajal dan juga semangat saya yang kuat jadi saya masih bertahan kerana individu itu mahu lihat saya mati.


“Tapi katanya lagi, saya akan sembuh dan sihat jika saya tinggalkan bidang radio. Jika saya tidak percaya, dia kata cuba tinggalkan bidang itu dan cuba bidang lain kerana insan itu tidak akan senang duduk,” katanya.


Tidak takut mahupun tunduk dengan individu berkenaan, DJ Lin berkata dia akan terus bekerja serta menaikkan lagi nama Suria FM.


“Saya tidak akan sesekali tunduk atau takut, cuma saya perlu sentiasa bersedia. Apa yang saya perasan, setiap kali kajian untuk kedudukan stesen radio dilakukan awal tahun dan akhir tahun, mesti saya sakit dan berada di hospital.


“Bagaimanapun saya tidak akan serik, saya akan tetap terus bekerja dan menaikkan lagi nama Suria FM. Saya hanya akan meninggalkan Suria FM selepas saya berasa puas dan berjaya melonjakkan nama stesen radio kami,” katanya

Artikel Berkaitan

ARTIS 3450426265559441162

Popular Posts

item