“Aku ceraikan kau talak 1” - Hafidz Roshdi Sah Bercerai Talak Satu

 


Pelakon sensasi, Hafidz Roshdi dilaporkan telah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu, bersaksikan keluarga.


Memetik Harian Metro, pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu berbuat demikian pada tarikh yang diketahui.


Shuhada juga dilaporkan akan memfailkan penceraian pada 1 Mac ini yang jatuh pada tarikh kelahirannya.

Hafidz Roshdi


Terdahulu, episod keretakan rumah tangga antara pasangan ini bermula apabila muncul desas-desus yang mengatakan Hafidz ‘kantoi’ bermesej lucah dengan wanita lain.


Shuhada yang pada ketika itu masih bergelar isteri kemudian membuat pendedahan bahawa rumah tangganya diuji dengan kehadiran orang ke-3 bernama Athira Yuhada.

Athira kemudian tampil memohon maaf dan mengakui kesilapannya kerana telah mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.


Sekadar info, Hafidz telah berkahwin dengan Shuhada pada tanggal 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah,6, dan Umar yang kini berusia 2 tahun.

Artikel Berkaitan

ARTIS 7237590055299889471

Popular Posts

item