“Saya Terpaksa Berz1n4 Dengannya” – Ibu Mentua Akhirnya Akui Dipaksa Untuk ‘Ngorat’ Menantu
Hujung Disember lalu, tular tentang kisah seorang lelaki yang baru berkahwin selama tiga hari dan ditangkap basah dengan ibu mentuanya sendiri yang ketika itu tanpa seurat benang.
Pendedahan itu dibuat oleh si isteri, Norma menerusi temu bual yang kemudiannya tular di media sosial di mana rata-ratanya bersimpati dengan wanita itu.
Bagaimanapun, baru-baru ini si suami yang bernama Rozy mendedahkan bahawa dia telah difitnah dan dimalukan oleh isterinya sendiri.
Terbaru, ibu mentua dikenali sebagai Rihanah Anah itu pula membuka mulut dan berkata insiden yang tular sehingga ke Malaysia itu adalah satu perangkap.
Rihanah menafikan bahawa dia mempunyai hubungan sulit dan ketika kejadian dia hanya membuka baju dalam bilik menantu kerana rimas dengan cuaca yang begitu panas.
Bukan itu sahaja, kata Rihanah dia berbuat sedemikian kerana diarahkan oleh anak dan bekas suaminya yang menyuruh dia menggoda Rozy.
Katanya, bekas suami dan anak memaksanya untuk mendekati menantu dengan cara halus termasuklah melakukan hubungan seks dengan tujuan untuk membolot segala harta Rozy.
Saya terpaksa dekat dengan menantu saya, abang Rozy dan terpaksa berdating dan berzina dengan menantu saya. Supaya bekas suami saya dan anak saya boleh dapat harta dari menantu saya.”