"Saya tak mahu lagi lihat dia dia rumah itu...” Baru Sahaja Puteri Sarah Fail Cerai, Ini Kata² Yusof Haslam
https://www.siakapkeli.me/2023/01/saya-tak-mahu-lagi-lihat-dia-dia-rumah.html
Penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam memberitahu bahawa dia menggalakkan menantunya Puteri Sarah bekerja bagi melupakan masalah yang sedang dihadapi.
Menurut sumber, Yusof mendedahkan dia tidak mahu melihat Sarah hanya terperap di rumah kerana hal tersebut boleh menjejaskan kesihatan mentalnya.
Dalam pada itu, Yusof sempat menitipkan kata-kata nasihat kepada anaknya, Syamsul yang juga merupakan suami kepada Puteri Sarah supaya jangan membuat kesilapan dalam kehidupan.
Yusof turut menunjukkan sokongan terhadap penglibatan pertama Puteri Sarah di pentas teater menerusi pementasan Maduku Terpaling Kalut.
Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof dikatakan terlibat dalam konflik rumah tangga selepas pengarah filem Mat Kilau itu didakwa mempunyai hubungan dengan wanita lain.