Salam takziah, berita sedih yang baru saja kami terima.. Semoga Peminat tenang menerima
"IA SEMAKIN MEMBESAR MACAM BOLA GOLF & MULA RASA SAKIT BERBISA" - DJ LIN MASUK HOSPITAL LAGI, PAHA KANAN ADA BENJOLAN
"Beberapa hari lalu saya perasan bahagian paha kanan bengkak secara tiba-tiba tetapi kalau lihat secara kasar seperti tiada apa-apa berlaku... kalau letak tangan boleh rasa macam ada bonjolan sebesar buah kundang.
"Selepas dua tiga hari, ia semakin membesar macam bola golf dan mula rasa sakit berbisa. Kalau jalan macam rasa ada bola tersekat dekat paha. Memang sakit sampai saya demam.
"Saya ke klinik dan doktor bagi antibiotik tetapi bertambah sakit dan demam pun semakin teruk... saya pergi sekali lagi ke klinik sama dan kemudiannya doktor minta saya ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut," itulah kata penyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin.
Selepas paha kaki kanan mengalami masalah bengkak secara tiba-tiba, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 47, sekali lagi dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Jelas DJ Lin, bengkak tersebut pada awalnya tidak terasa sakit namun ia semakin membesar sebelum mula rasa sakit seperti bisa beberapa hari kemudian.
Terdahulu, DJ Lin berkongsi video memperlihatkan dia sedang berada di wad hospital sebagai menjawab pertanyaan peminat apabila dia sudah beberapa hari tidak muncul di radio.
Pun begitu, DJ Lin memmaklumkan masalah kesihatannya itu tiada kena mengena dengan punca dia dimasukkan ke hospital sebelum ini yang disebabkan sakit perut dan lemah badan.
Berkongsi lanjut mengenai keadaannya, DJ Lin yang juga pengurus besar Suria FM berkata, dia mula berfikiran buruk mengenai keadaannya itu sehingga menyangka ia petanda awal kanser.
Berada di wad sejak Selasa lalu, DJ Lin berkata, dia berkemungkinan terpaksa ditahan lebih lama ekoran masih mengalami demam teruk dan sakit kepala melampau selain doktor ingin memastikan benjolan tersebut surut sepenuhnya.
"Doktor dah buat pemeriksaan ultra bunyi dan mendapati kelenjar di bahagian paha saya bengkak membuatkan saya terasa sangat sakit. Sekarang ini doktor beri antibiotik yang kuat serta lakukan pemantauan selama beberapa hari lagi sehingga benjolan itu surut.
"Masa rasa ada bengkak dan benjolan di paha itu... saya mula fikir buruk, saya ini ada kanser ke apa. Tapi saya masih lagi berfikiran positif sebab doktor tak ada cakap apa-apa lagi," tuturnya.
Dalam pada itu, DJ Lin memberitahu, meskipun berada di hospital, dia masih lagi meneruskan kerja seperti biasa cuma tidak dapat menemani peminatnya di segmen Suria Cinta.
"Mintakan semua doakan saya, mudah mudahan tiada yang serius dan juga cepat sembuh dan hilang benjolan... bengkak pun surut supaya saya dapat kembali bekerja seperti sedia kala," ujarnya.