"Kena Naik Wira, Ewwww…” – ‘ Founder’ Kosmetik Jijik Naik Kereta Lama, Netizen Suruh ‘Repair’ Muka Dulu
Tular di media sosial mengenai satu video memaparkan seorang pengasas kosmetik meluahkan rasa jijik gara-gara terpaksa menaiki kereta Proton Wira.
Difahamkan, ‘founder’ tersebut baru sahaja balik bercuti dan reaksi wanita itu kelihatan geli kerana terpaksa menaiki kereta Wira sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Turun flight kena naik Wira, Ewwww.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik pengasas produk berkenaan yang dianggap keterlaluan.
Kalau aku lah, gedik macam ni memilih naik kereta elok aku tinggalkan je biar naik grab, kalau naik wira kenapa? mati terus ke kalau naik wira?
Kata netizen, wanita itu terlihat mengada-ngada dan mungkin sekadar ingin ‘viral’ bagi mempromosikan produk jualannya.
Baru jadi founder je pun dah macam tu geli geleman kau nengok wira tu. Tak padan dengan gigi terabur gedik kemain hanjing.