Baru Berapa Hari Kahwin, Suami Fatin Afeefa Dah Buat Statement Melampau Pada Isteri Sendiri

 


Suami kepada pelakon, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang kini dilihat sering melakukan ‘live’ secara siaran langsung di aplikasi TikTok sejak mendirikan rumah tangga.


Baru-baru ini, menerusi sebuah rakaman ‘live’, Aliff dilihat menjawab pertanyaan netizen mengenai bagaimana dia memikat hati isterinya.


Bagaimanapun, jawapan yang diberikan oleh pempengaruh yang lebih mesra disapa sebagai Opai itu telah mengundang reaksi orang ramai.


Saya jawab jujur. Fatin lagi susah nak dapatkan perhatian yang sepenuhnya dari saya.


Menurut Aliff, jika seseorang lelaki menjadi dominant, alfa, tegas dan menjadi lelaki yang tahu apa yang dia mahukan, berperinsip dan tidak menggunakan emosi dalam membuat keputusan, perempuan akan tertarik kepada mereka.


Jadi, masa saya nak ngorat Fatin, tak banyak usaha sangat pun. Yang banyak usaha, Fatin.


Meninjau di ruangan komen, jawapan yang diberikan oleh pempengaruh itu telah menimbulkan rasa kurang senang terhadap pengguna media sosial.


Malah, mereka turut mengatakan jawapan yang diberikan Aliff merupakan salah satu ‘redflag’ pada seseorang lelaki.


Tonton sendiri video di bawah

@anynimoussss Lain mcm suami baru #fatinafeefa ni..haisss #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #trending #viral #fypdongggggggg ♬ original sound - nescafe_iCe


 

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 2704812775641651499

Popular Posts

item